
Jadi, beberapa hari lepas tengah viral mengenai gambar janaan AI dalam stail Studio Ghibli. Siapa saja yang tidak sukakan art style Studio Ghibli? Semua orang suka, sebab tu ianya jadi viral bila AI mampu janakan gambar atau convert gambar asal menjadi gambar stail studio tersebut. Tetapi, ramai pelukis dan ahli kreatif yang lain yang membenci perkara ni, termasuk Hayao Miyazaki sendiri! Malah, dia mengeluarkan cease and desist pada pencipta AI tu.
Tapi, mesti pembaca tertanya. Kenapa orang kreatif benci AI? Jadi jom saya bagitahu pembaca kenapa.
Bagaimana janaan AI berfungsi?
Kandungan janaan AI merujuk kepada apa-apa teks, gambar, suara, video atau maklumat yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (Artificial Intelligence / AI). Manusia hanya beri prompt saja.
Tapi!
AI ni tak tahu semua benda terus. Dia macam kita juga, kena belajar. Except dia ni bila belajar masuk sistem terus (so dia ingat) tak macam manusia belajar banyak kali pun tak masuk-masuk otak.
Jadi, dekat mana AI belajar? Melalui Internet! AI ni selagi dia dapat akses Internet, semua maklumat dalam Internet digunakan untuk train AI. Gambar, teks, artikel, thesis report, scholar report, semuanya dapat di akses! Dan sebab Internet penuh dengan lukisan Studio Ghibli, sebab itulah AI dapat janakan gambar baru berdasarkan gambar sedia ada.
Kenapa orang seni benci AI
1. Kacau pelukis punya sumber pendapatan
Macam saya katakan tadi, AI belajar dengan ambil maklumat dari Internet. Dia juga ambil lukisan pelukis lain TANPA IZIN dan cipta gambar baru menggunakan art style mereka. Di sinilah bermulanya rasa benci dalam kalangan pelukis sebab sekarang orang tidak perlu bayar mereka untuk lukis sesuatu. Mereka hanya perlukan AI untuk janakan gambar yang diingini. Kira kami ni hilang sumber kerja la nak pendekkan cerita.
2. Pengguna tidak menjadi kreatif
“Tapi, bukan ke tulis prompt pun dah kreatif?”
Kreatif atok mu ( ;`Д´).
Pertama sekali, pengguna tidak belajar melukis sendiri. Kedua, pengguna tidak tahu betapa penatnya belajar melukis. Ketiga, kualiti yang AI keluar tu cap tahi ayam. Dan kalaupun AI mampu janakan gambar atau hasil karya paling sempurna pun, ianya tiada perasaan dalam karya tu sebagaimana orang berseni yang sebenar membuat karya mereka.
3. Hasil seni dipandang rendah
Orang makin lama akan pandang rendah pada industri seni. Sebab kenapa? Sebab orang tak berpengalaman pun panggil diri dia orang seni sedangkan dia menggunakan AI! Bayangkan penulis skrip drama menggunakan AI, iklan dan flyer janaan AI, lukisan keluarga di ‘anime’ kan menggunakan AI. Kalau semua ni boleh dibuat di hujung jari, maka nilai seni turun. Seni menjadi tiada makna. Tiada jiwa. Hanya kosong.
Jadi, fikir-fikirkanlah tentang AI ni. Pembaca tulislah pendapat korang juga ya!
Betul tu orang orang yang krearif jadi tak krearif sebb dah asyik2 guna ai je
Tu la pasal o(TヘTo)